Hajiji terima kunjungan IJN

Hajiji terima kunjungan IJN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah (YS) menerima kunjungan hormat daripada Institut Jantung Negara (IJN) di pejabatnya di Menara Kinabalu dekat sini, pada Rabu.

Rombongan IJN diketuai oleh Pengerusinya, Dato’ Sri Dr.Chen Chaw Min, Ketua Eksekutif Kumpulan, Prof.Dato’ Sri Dr.Mohamed Ezani Md Taib, Ketua Pegawai Eksekutif IJN College, Prof. Emerita Dr.Durrishah Idrus, Datuk Seri Azhari Yakub dan Muhamad Sabri Haji Said.

Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri yang juga Exco Kesihatan Negeri, Datuk James Ratib, Pengarah YS, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar dan Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB), Datuk Jasnih Daya dan Hajiji telah diberi taklimat mengenai hasrat IJN untuk mengembangkan perkhidmatan ke Sabah dalam masa terdekat dan akan mengadakan kolaborasi dengan Kerajaan Negeri melalui Yayasan Sabah (YS).

Deasoka

Pic Caption:

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi IJN, Dato’ Sri Dr,Chen Chaw Min semasa kunjungan rombongan itu.

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|