Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Kerja Raya Malaysia

Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Kerja Raya Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Alexander yang berada di Sabah untuk lawatan kerja dua hari, telah memberi taklimat kepada Hajiji projek-projek pembangunan infrastruktur yang sedang dilaksanakan oleh kementeriannya di Sabah.

Beliau diiringi oleh Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu, Dato’ Mohd Sakeri Abdul Kadir (Dasar dan Pembangunan) dan Dato’ Zainal Alhakab Seman (Pengurusan), Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato’ Wira Ir.Roslan Ismail, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dato’ Ir. Sazali Harun dan Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembangunan Kontraktor & Personel Binaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Sr.Ahmad Farrin Mokhtar.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Limus Jury, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Negeri, Datuk Ridhwan Roger Linus dan pegawai kanan JKR Sabah.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|