Hajiji lancar Karnival Ulang Tahun Masjid Bandaraya ke-25

Hajiji lancar Karnival Ulang Tahun Masjid Bandaraya ke-25

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor melancarkan Karnival Jubli Perak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu hari ini.

Pelbagai program telah diatur semasa karnival yang berlangsung dari 18 hingga 20 April, termasuk pameran oleh jabatan kerajaan dan pihak swasta di perkarangan masjid.

Hajiji, yang diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ariffin Arif serta Pengerusi Masjid Bandaraya Datuk Paiman Abd Karim, juga melawat gerai-gerai pameran selepas majlis pelancaran.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|