KOTA KINABALU: Mantan Timbalan Pengerusi PN Sabah, Aksyah Nasrah menyelar sikap pembangkang negeri yang sentiasa bermain naratif songsang mengatakan kerajaan sedia ada, GRS-PH Plus adalah gagal perlu disanggah.
Menurutnya, persepsi demikian dimainkan bagi menutup kegagalan mereka yang pernah mentadbir negeri ini dan dalam masa sama bersikap tidak adil kepadq GRS-PH Plus.
“Saya ingin mengulas sedikit dakwaan Ketua UMNO Sabah bahawa Kerajaan GRS-PH Plus adalah sebuah kerajaan yang gagal. Bukan hanya beliau, malah Pemimpin dan ahli-ahli Parti Warisan pun menimbulkan persepsi “Kerajaan Gagal” ini untuk dipercayai oleh rakyat Sabah.
“Pada saya, Kerajaan GRS adalah sebuah kerajaan yang berjaya membangun Sabah dan rakyatnya. Saya amat positif, dengan berpaksikan kepada Halatuju Sabah Maju Jaya yang digagaskan okeh YABDSP Hajiji Hj Noor selaku Ketua Menteri, impian menjadikan Sabah sebuah negeri yang makmur dan sejahtera mampu dicapai!
“Tidak boleh dinafikan, YAB DSP Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri telah berjaya membawa Sabah ke satu tahap yang tinggi jika diukur dari segi erti kejayaan merangkumi konsep pembangunan sebenar, “katanya.
Beliau berkata, Hajiji secara jelas menunjukkan satu bentuk politik dan kepimpinan yang berwawasan untuk Negeri dan rakyat Sabah dengan menggunakan slogan Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Sebelum lanjut, mari kita telusuri kronologi kejayaan pimpinan YAB DSP Hajiji di bawah GRS-Plus. Pertamanya, bayangkanlah, beliau mengambil alih Sabah dalam keadaan daif ekonomi (Negatif 9.5%) dan fizikal (perlaksanaan projek yang tergendala akibat konsesi yang diberhentikan dan dibatalkan).
“Namun dengan pendekatan yang prudence (berhemah) dan bijaksana, YAB DSP Hajiji hanya dalam tempoh setahun, keadaan prestasi ekonomi mula menunjukkan perkembangan positif iaitu melonjak ke tahap prestasi positif 1.5 peratus, ” katanya.
Aksyah menambah, sekiranya mahu menentukan kayu ukur sesebuah kerajaan itu berjaya seperti GRS, konsep berjaya perlu dilihat terlebih dahulu.
Jelasnya secara ringkas, berjaya membawa maksud mencapai perubahan dan pencapaian baik dari satu keadaan ke keadaan yang lain.
“Dalam konteks Kerajaan GRS-PH Plus, adakah kerajaan ini memenuhi konsep berjaya?? Mari kita ukur satu-persatu.
“Hakikatnya, untuk mengatakan sebuah Kerajaan seperti GRS-PH Plus berjaya, ukuran utama ialah apabila berlakunya pencapaian positif dari segi prestasi ekonomi, pengurusan kewangan, peningkatan hasil dan kegiatan ekonomi didalamnya. Inilah ukuran utama kerana ia akan menentukan tahap kemakmuran rakyat di kawasan tersebut.
“Ekonomi yang berkembang seterusnya akan mampu memberikan hasil negeri yang banyak. Hasil ini boleh digunakan untuk membangun sektor-sektor lain yang melibatkan sosial, pembangunan infrastruktur dan sebagainya, “katanya lagi.
Menurut beliau, kesemua langkah ini sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan GRS, iaitu memulangkan hasil ini kepada rakyat untuk dinikmati.
Contohnya Rumah Sejahtera SMJ, BUDI, SYUKUR, SENTOSA dan berbagai lagi program/projek telah dilaksanakan demi mencapai Halatuju SMJ yang telah digariskan.
“Ukuran kejayaan kedua ialah perkembangan atau pembangunan infra atau fizikal. Dalam hal ini, Kerajaan GRS melaksanakan tanggungjawab ini untuk memastikan kualiti dan kapasiti infrastruktur samaada air, elektrik dan jalan raya dijalankan dan sedang berlaku.
“Namun perkembangan ini ada kesan sementara terutama jalan, paip-paip dan elektrik yang mengalami gangguan. Ini semua perkara biasa dalam menjalankan proses pembangunan,” katanya.
Aksyah menjelaskan, projek-projek pembangunan juga memakan proses dan masa yang panjang. Bukannya boleh disiapkan dalam sekelip mata.
“Justeru itu, rakyat diharapkan lebih bersabar dan disarankan agar dapat mengatur kehidupan masing-masing sesuai dengan arahan dan perkembangan semasa dari agensi Kerajaan yang terlibat.
“Umpamanya mewujudkan tindakan awareness atau persediaan terhadap kemungkinan ketiadaan bekalan air atau elektrik mengikut jadual catuan yang sudah ditetapkan. Semua ini di bawah kawalan masing-masing.
“Saya yakin, rakyat matang dan faham akan keadaan ini. Sekiranya rakyat bercadang menukar kerajaan sekalipun, perkara berhadapan dengan kesan sementara seperti gangguan ini tetap akan berlaku, “katanya.
Deasoka