TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg.Amir melakukan “Ziarah Kasih” ke Kampung Sg.Udin dan Kampung Brantian dalam kawasan Gugusan Umas, Tawau bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan terutamanya orang kelainan upaya (OKU), balu dan warga emas.
Hassan berharap dengan sedikit sumbangan dan bantuan, usaha itu dapat membantu meringan beban keluarga para penerima.
Beliau diiringi oleh Ahli Jawatankuasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sebatik, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sebatik dan HastTeam Sebatik.
Deasoka