Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia

Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal meninggal dunia jam 11.46 pagi hari ini di Institut Jantung Negara.


Menurut kenyataan akhbar Pejabat Yang Di-Pertua Negara sebentar tadi, beliau telah menerima rawatan di institut berkenaan setibanya di Malaysia pada hari Isnin lalu sebaik pulang daripada Azerbaijan atas lawatan kerja rasmi.

Maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan beliau akan dimaklumkan kemudian.

“Keluarga mendiang YB Senator Datuk Mutang Tagal mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman takziah serta doa yang diberikan dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam menghadapi masa yang sukar ini,” kata kenyataan berkenaan.

Mutang, 70 tahun telah dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 dan telah mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari lalu.

Beliau adalah merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan dan pemergian beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|