KOTA KINABALU: Universitas Terbuka (UT) Indonesia mengadakan Program Pengabdian kepada Masyarakat atau PkM Antarabangsa di negeri ini bermula 12 hingga 14 Jun lalu.
Dikendalikan oleh Pusat Pengabdian Masyarakat (PPM) di Lembaga Penelitian dan Pengabdian Masyarakat (LPPM UT) ianya melibatkan tiga fakulti di universiti berkenaan termasuklah Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP), Fakulti Hukum, Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FHISIP) serta Fakulti Ekonomi dan Bisnes (FEB).
Selain itu, UT turut berkloborasi dengan Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Fakulti Psikologi Universiti Mercu Buana dalam program terbabit.
Para peserta yang hadir secara dalam pembukaan program PkM Internasional UT 2024 di Sabah, baru-baru ini.
Acara program tersebut membuka tirai dengan secara maya menerusi delegasi UT yang hadir daripada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Perkhidmatan Pembelajaran dan Kerjasama di FHSIP UT, Anto Hidayat selaku wakil kepada universiti berkenaan.
Turut hadir dalam sesi berkenaan adalah, Pengerusi LPPM, Prof. Dewi Artati Padmo Putri, M.A., Ph.D., Prof. Dr. Ucu Rahayu, M.Sc. selaku Dekan FKIP, serta kepimpinan LPPM dan ketiga-tiga Fakulti.
Manakala pihak delegasi Malaysia yang hadir adalah HR FGVPM Abdul Shukor dan Eksekutif Kanan HR Phadlina.
Ketua LPPM, Prof. Dewi Artati Padmo Putri, M.A., Ph.D. dan Prof. Dr. Ucu Rahayu, M.Sc. selaku Dekan FKIP memberikan sambutan secara daring dalam pembukaan PkM Internasional UT 2024 di Sabah, Malaysia
Selain itu, Wiryawan Prah Utomo (Wakil KRI Tawau), Riky Riksmansyah (Penyelaras Perhubungan Wilayah Tawau), Galih Satria, S.S. (Pengerusi CLC FGV Friends), dan Damis, S.Pd. (Sahabat Penyelaras CLC FGV).
Terdahulu, program PkM Antarabangsa UT 2024 diadakan secara maya itu berlangsung di Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) FGV Sahabat, Lahad Datu.
Menampilkan tiga teras aktiviti PkM yang bertujuan memperkasakan komuniti di sempadan Indonesia-Malaysia.
Tajuk aktiviti pertama adalah “Memperkasakan Guru di Sempadan Indonesia-Malaysia Sebagai Sukarelawan Mencegah Keganasan Kanak-Kanak dan Wanita,” yang dipengerusikan oleh Erna Risnawati, M.Si.
Para peserta yang terdiri daripada guru-guru CLC FGV Sahabat telah diberi latihan mencegah keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita dengan melalui aktiviti ini, diharapkan guru dapat menjadi agen perubahan yang aktif dalam melindungi hak kanak-kanak dan wanita dalam komuniti mereka.
Penampilan siswa CLC FGV Sahabat dalam program PkM Internasional UT 2024.
Untuk slot aktiviti kedua, menampikan tajuk “Memupuk Semangat Keusahawanan Guru Melalui Program Keusahawanan Guru” dipengerusikan oleh Sucipto, M.Pd. bertujuan untuk memberi inspirasi kepada guru untuk membangunkan semangat keusahawanan.
Dengan program ini, guru diharapkan bukan sahaja menumpukan kepada pendidikan formal, malah mampu mencipta peluang ekonomi melalui perniagaan yang kreatif. Sementara itu, “Program Pencegahan Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak: Intervensi Mikrosistem” telah dijalankan secara maya.
Aktiviti ketiga ini memberi tumpuan kepada intervensi sistem mikro untuk mencegah keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.
Para guru dan ibu bapa peserta CLC FGV Sahabat mendengar sesi aktiviti dalam kegiatan PkM Internasional UT 2024.
Program yang dipengerusikan oleh Dr. Sri Tatminingsih, M.Pd. Ini bertujuan untuk menyediakan solusi berasaskan komuniti dalam menangani isu keganasan, dengan itu mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyokong kanak-kanak dan wanita.
Selain memberi latihan kepada guru dan masyarakat serta pekerja asing Indonesia di Lahad Datu, UT turut menyediakan fasiliti dalam bentuk Android TV, peralatan pejabat sekolah dan mewujudkan perpustakaan mini bertajuk “Pojok Baca” bagi menyokong proses pembelajaran pelajar di CLC FGV Sahabat, Lahad Datu, Sabah .
Dalam beberapa siri aktiviti yang dijalankan itu, pihak PkM melibatkan pelajar dan mahasiswa Luar Negeri UT Sabah dalam penyediaan dan pelaksanaan aktiviti.
Para Peserta PkM dimaklumkan hadir daripada kalangan guru dan ibu bapa pelajar di CLC FGV Sahabat.
CLC FGV Sahabt turut mempersembahkan persembahan daripada pelajar dalam bentuk tarian tradisi.
Rina Weni, salah seorang guru CLC FGV Sahabat berkata, program PkM Antarabangsa UT 2024 di tempat beliau mengajar memberi kesan yang mendalam terutama dengan kehadiran “Sudut Bacaan” yang diadakan pada program berkenaan.
Untuk rekod, pelaksanaan program PkM ini adalah sebahagian daripada perjanjian kerjasama UT dengan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu dan FGV yang telah ditandatangani pada 4 dan 12 Jun lalu.
UT juga bekerjasama dengan rakan universiti yang pernah bekerjasama sebelum ini iaitu: Universiti Malaysia Sabah (UMS ) dan Universiti Mercu Buana (UMB) sebagai rakan strategik dalam melaksanakan program ini. Pelaksanaan program PkM disokong oleh Dana Abadi Pendidikan Tinggi Indonesia (DAPT) melalui Program (EKUITI).
Pihak PkM Internasional UT 2024 di Sabah, Malaysia bersama wakil dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universitas Mercu Buana (UMB) di dalam majlis berkenaan.
Menerusi pelaksanaan program terbabit, UT pada masa yang sama berharap hubungan yang lebih erat dapat diwujudkan antara masyarakat sempadan Indonesia-Malaysia dan institusi pendidikan, serta mewujudkan masyarakat yang lebih kukuh dan berdikari.
Program ini juga diharapkan dapat memberikan impak positif yang mampan, baik dalam bidang pendidikan, ekonomi dan perlindungan sosial, agar masyarakat dapat merasakan manfaatnya dalam jangka panjang.
Selain daripada itu, juga diharapkan akan ada peningkatan kerjasama yang lebih kukuh dan sinergi antara institusi pendidikan di kedua-dua negara untuk masa depan yang lebih baik.
Deasoka