Sime Darby Plantation sumbang RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah

Sime Darby Plantation sumbang RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM100,000 daripada Pengerusi SD Plantation, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani kepada Pengarah YKS, Rugayah Awang Besar di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Rabu.

Dalam masa sama, Ketua Menteri juga diberi taklimat berhubung operasi SD Plantation di negeri Sabah.

YKS ditubuhkan sejak tahun 2021 untuk membantu Kerajaan Negeri dalam menggerakkan agenda kebajikan rakyat di negeri ini, terutama menyalurkan sumbangan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan khas.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Diyanah Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha dan pengurusan kanan syarikat itu.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|