KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah bakal menjejak langkah Kerajaan Persekutuan untuk penyelarasan pembayaran gaji penjawat awam di negeri ini.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembayaran gaji yang diselaraskan itu dijangka mula dilaksana bermula Disember hadapan.
Ini susulan pada 16 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada Kumpulan Pelaksana serta Pengurusan dan Profesional, manakala 7 peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
“Kita memang akan selaraskan pembayaran gaji mengikut apa dirancang oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
“Jadi kita akan bayar mengikut apa yang akan diputuskan, Disember?…Insyallah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan majlis perasmian European Wellness Premier Centre di Kota Kinabalu, hari ini.
Setakat ini, dua negeri telah mengumumkan akan mengikut jejak langkah Persekutuan dalam perihal berkenaan termasuk Perak dan Terengganu.
Deasoka