KOTA BELUD: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM124.70 juta bagi pembangunan sektor perindustrian dan keusahawanan di negeri ini, pada tahun hadapan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Sehubungan itu, beliau berharap usahawan dan koperasi di negeri ini, termasuk di Kadamaian akan mengambil setiap peluang yang disediakan kerajaan agar lebih kompetitif dan berdaya saing.
“Kerajaan negeri melalui Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya turut memberi tumpuan dalam pembangunan usahawan dan koperasi yang secara langsung akan dapat menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi masyarakat di negeri ini.
“Ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang komited untuk terus menyokong dan memperkasa sektor keusahawanan melalui pelbagai inisiatif dan program pembangunan usahawan dan koperasi di negeri ini.
“Saya percaya dengan segala bantuan yang disediakan kerajaan, lebih banyak lagi yang boleh dibangunkan oleh usahawan atau koperasi di negeri ini termasuk di Kadamaian, khususnya dalam sektor pelancongan dan pertanian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Santuni Madani KUSKOP bersama Komuniti Kota Belud sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas Kadamaian 2024 di Dewan Kadamaian Square, Taginambur, di sini pada Isnin.
Ketua Menteri turut memuji usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang terus terus membantu sahawan Perusahaan, Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan koperasi di negeri ini, Beliau berkata kerajaan negeri juga bersedia untuk mempertingkatkan lagi jaringan kerjasama dengan KUSKOP dalam pelaksanaan program-program yang lebih berimpak tinggi bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa dalam konteks keusahawanan dan juga masyarakat setempat.
“Saya juga saya amat menghargai pencapaian yang direkodkan oleh KUSKOP yang sentiasa komited dalam membantu usahawan PMKS dan koperasi termasuk komuniti penjaja dan peniaga kecil, ke arah memperkasakan ekosistem keusahawanan dan gerakan koperasi.
Deasoka