Remaja lemas ketika keluar memancing

Remaja lemas ketika keluar memancing

LABUAN: Seorang remaja lelaki ditemukan mati lemas selepas dikatakan dihanyutkan arus deras ketika memancing dalam kejadian di pantai Batu Manikar, dekat sini, kelmarin.

Mangsa, dikenali sebagai Muhammad Sharulnizam Mat Sidon, 18, dari Kampung Merinding Ganggarak ditemui oleh sepasukan anggota bomba pada jam 7.40 malam di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba Layang Layangan, Huzyman Malikin, mayat mangsa ditemukan tidak jauh daripada lokasi remaja itu dilaporkan hanyut.

Seorang rakan mangsa yang berusia 18 tahun yang turut hanyut dalam kejadian berkenaan bagaimanapun terselamat dan sudah di bawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|