Program kerja amal UCSF & Alumni di PPDK Putatan

Program kerja amal UCSF & Alumni di PPDK Putatan

PUTATAN: University College Sabah Foundation (UCSF) bersama sekumpulan alumni universiti itu telah melakukan kerja amal di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Daerah Putatan, baru-baru ini.

Antara kerja-kerja amal yang dilakukan oleh para pelajar, kakitangan dan Alumni UCSF ialah gotong royong pembersihan rumah dan melukis Mural.

Program itu disertai oleh lebih 20 orang diketuai oleh Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris, Noorashiqin (Ketua Pusat Bahasa), Mazlinah Binamin (Ketua Hal Ehwal Pelajar) dan Puan Rozianah (Ketua Unit Alumni). Alumni UCSF diwakili oleh Kalvin Johnathan Sapian, Marina Yusop, Saslinah Sudin dan Alyssia Anne Gabriel.

Dr Rafiq berkata, beliau amat gembira dengan penglibatan alumni UCSF dalam aktiviti khidmat masyarakat kali ini, memandangkan semua alumni yang menyertai program itu bakal graduan minggu hadapan.

“Saya amat bangga dengan kesungguhan bekas pelajar kita. Saya berharap agar program seumpama ini akan diperbanyakkan lagi serta dicontohi oleh pelajar yang baru memulakan pengajian”, katanya.

Menurutnya. aktiviti UCSF ini turut diadakan serentak dengan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) dan Program Menyantuni Kanak-Kanak Peringkat Bahagian Pantai Barat yang telah berlangsung.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|