KOTA KINABALU: Kenyataan mengenai peruntukkan RM16 bilion diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kunjungannya ke Sabah baru-baru ini dilihat menimbulkan persepsi yang memerlukan penjelasan segera.
Menurut Ahli Majli Tertinggi (AMT) PBS, Datuk Fredian Gan, dalam ucapan PMX pada 31 Mei lalu di KDCA, Penampang, beliau menyifatkan terdapat kekhilafan daripada sudut fakta terutamanya dari manakah peruntukkan RM16 bilion itu muncul.
Datuk Fredian Gan
“Adakah ianya hanya kesilapan fakta atau pun tersilap kata?
“Adakah jumlah RM16 Bilion yang diumumkan itu sebenarnya merujuk kepada pengumuman peruntukan sebanyak RM6.2 billion yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah bagi tahun 2024?
“Jika bukan, dimana datangnya RM16 Bilion.. Adakah ini merupakan peruntukan lain yang disalurkan kepada kementerian atau jabatan Kerajaan Persekutuan di negeri ini tanpa pengetahuan Kerajaan Sabah, “katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, Anwar dalam ucapannya bersempena penutupan Sambutan Kaamatan di KDCA, Penampang baru-baru ini menyentuh peranan Kerajaan Persekutuan yang memberi peruntukkan RM16 bilion kepada Sabah menerusi pengumuman Bajet 2023-2024 Madani.
Beliau menjelaskan peruntukkan berkenaan merupakan tertinggi diberikan kepada sebuah negeri di negara ini.
Sementara itu, Fredian mendedahkan, para pemimpin, baik di pihak kerajaan atau pun pembangkang ingin tahu apakah butiran peruntukan RM16 Bilion itu yang dikatakan melebihi dari 40 peratus tuntutan Kerajaan Negeri ke atas hasil yang dikutip dari Sabah.
“Justeru, penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan amatlah diperlukan dengan segera untuk merungkai kekeliruan ini selain daripada untuk mengelakkan andaian-andaian negatif yang boleh diputar belitkan oleh pihak-pihak yang ingin meneguk di air yang keruh, ” katanya.
Deasoka