KOTA KINABALU: Masih terdapat banyak pihak yang tidak faham dan keliru tentang perbezaan di antara peranan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang (PP) dan Pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
AJP PP memegang jawatan itu di peringkat PP Kawasan (PPK), PP Negeri (PPN) atau Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) adalah secara kehormat yang dipilih melalui proses undian oleh Ahli Ahli peladang selaku perwakilan dalam Mesyuarat Agong Tahunan.
Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beaufort, Hashim Diris menegaskan, AJP hanya dibayar elaun menghadiri mesyuarat dan tidak mempunyai gaji bulanan.
Katanya, Pegawai – pegawai (LPP) yang ditempatkan di PP mendapat gaji bulanan serta kemudahan lain mengikut gred jawatan yang mereka pegang, daripada jawatan Pengurus Besar, Pengurus Akaun, Pengurus Bahagian serta jawatan – jawatan yang lain.
Menurutnya, AJP PP pula adalah pemegang amanah yang mewakili ahli peladang selaku pemegang saham untuk menjaga PP yang ditadbir urus oleh seorang Pengurus Besar (GM) iaitu Pegawai LPP yang dipinjamkan (ditempatkan) oleh LPP).
Beliau berkata, Pegawai LPP yang dipinjamkan ke PP bertugas sepenuh masa, menjalankan fungsi PP dibawah Akta 109 sepanjang masa ditempatkan dan sentiasa berada di PP.
“Sementara AJP hanya hadir ke PP apabila ada mesyuarat PP dan tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan waima dalam membaca apa juga surat yang masuk dan diterima oleh PP”, katanya.
Hashim yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Sabah berkata, AJP PP hanya membaca dokumen yang disediakan oleh Pengurusan PP dalam Mesyuarat AJP. Urusan kewangan dan apa saja operasi harian PP adalah diurus oleh GM PP dan kakitangan pengurusannya .
“Justeru, apabila timbul sesuatu perkara, maka ianya akan diurus oleh Pengurus Besar PP”, tegasnya.
Beliau berharap dengan penjelasan itu, tidak akan timbul lagi kekeliruan terhadap perbezaan diantara AJP PP dan Pegawai LPP samaada dari segi peranan dan fungsi yang dijalankan.
Deasoka