Perbekalan Tambahan babit nilai RM1 bilion dilulus DUN Sabah

Perbekalan Tambahan babit nilai RM1 bilion dilulus DUN Sabah

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2024 membabitkan nilai RM1 bilion ringgit.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata,RUU tersebut mewakili dua perbelanjaan tertinggi, RM295 juta dan RM288 juta masing-masing bagi caruman kumpulan wang pembangunan dan amanah, serta perbelanjaan operasi.

“Caruman Kumpulan Wang Pembangunan dan Amanah iaitu sebanyak RM295 juta atau 30 peratus yang merupakan perbelanjaan tertinggi.

“Diikuti dengan perbelanjaan operasi sebanyak RM288 juta atau 29 peratus yang meliputi perbelanjaan penyelenggaraan infrastruktur, perbelanjaan operasi penyelenggaraan dan pembaikan bangunan kerajaan, perkhidmatan dan pengangkutan logistik, tajaan biasiswa serta bantuan khas “one-off” tiket penerbangan bagi pelajar di pusat pengajian tinggi,” katanya.

Beliau Berkata demikian ketika membentangkan RUU Perbekalan Tambahan Tahun 2024 di Sidang DUN Sabah, hari ini.

Mengulas lanjut, bagi pentadbiran, sebanyak RM173 juta diperuntukkan bagi melicinkan operasi pentadbiran di kementerian dan jabatan negeri yang terlibat.

“Manakala 24 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan diletakkan di bawah peruntukan khas, perbelanjaan pelaburan, dan pemberian geran kepada kementerian-kementerian di bawah kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, menurut Masidi sebanyak RM529 juta diperuntukkan kepada Kementerian Kewangan membabitkan tambahan kumpulan wang berkanun sebanyak RM295 juta, RM124 juta bagi membiayai projek infrastruktur dan utiliti, rm80 juta untuk pelaburan ekuiti, pinjaman dan pertukaran kepada geran untuk badan berkanun negeri, dan RM30 juta bagi menampung keperluan lain.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|