MP Sipitang kunjungi rumah terbuka Krismas

MP Sipitang kunjungi rumah terbuka Krismas

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah (tiga dari kiri) dan isteri menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Krismas Pegawai Akhbar kepada Ketua Menteri, Liaw Sin Kuang (dua dari kiri) di kediamannya di Kampung Perpindahan, Sipitang dekat sini pada Rabu.

Tetamu lain yang hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, Datuk Mohd Nazri Abdullah (empat dari kiri),Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sabah, Lahirul Latigu, Ahli Majlis Daerah Sipitang, Hashim Diris (duduk,dua dari kanan) dan Lee Chun Kuang (kanan) serta Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Sipitang, Sani Miasin.

Matbali berkata, kunjungannya sempena Krismas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dan Lumadan bagi mengukuhkan perpaduan dan kebersamaan bersama rakyat.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|