Mount Kinabalu International Climbathon muncul semula selepas tujuh tahun

Mount Kinabalu International Climbathon muncul semula selepas tujuh tahun

KOTA KINABALU: Acara pendakian bertaraf antarabangsa, Mount Kinabalu International Climbathon kini diadakan semula selepas edisi terakhir tujuh tahun lalu.

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, acara itu merupakan salah satu pertandingan larian gunung paling berprestij seluruh dunia sekali gus menarik atlet elit dan peminat seluruh dunia.

Beliau berkata, acara perdana itu dijangka akan berlangsung pada 6 Oktober depan di Taman Kinabalu, Ranau.  

“Bagi pertandingan tahun ini, ia akan menampilkan tiga kategori: elit lelaki, elit wanita dan veteran lelaki (40 tahun ke atas).

“Para peserta akan mengharungi laluan mencabar sepanjang 26 kilometer, dengan peningkatan ketinggian 2,760 meter.

“Laluan itu meliputi 13.3 kilometer dari titik permulaan ke titik tengah, dan 13.3 kilometer lagi ke garisan penamat, ianya dijangka benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta, “katanya dalam sidang media bersempena 31st Mount Kinabalu International Climbathon di Kota Kinabalu, semalam.  

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|