Masidi serah kunci Rumah Mesra SMJ kepada 23 KIR di DUN Karanaan

Masidi serah kunci Rumah Mesra SMJ kepada 23 KIR di DUN Karanaan

RANAU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun telah menyerahkan kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada 23 ketua isi rumah (KIR) daripada DUN Karanaan, di sebuah majlis di Kampung Pahu, sini, semalam.

Secara keseluruhan, sebanyak 35 buah Rumah Mesra SMJ telah siap dibina bagi DUNKaranaan, tetapi hanya 23 KIR sempat menghadiri majlis penyerahan kunci dan secarasimbolik mewakili baki 12 KIR yang tidak dapat hadir.

Masidi yang juga ADUN Karanaan berkata kerajaan negeri tetap komited kepada usahamelaksanakan Rumah Mesra SMJ kepada keluarga-keluarga yang memerlukan sebanyak 20 unit setahun bermula dari tahun 2022.

“Majlis penyerahan 23 kunci rumah SMJ yang bernilai RM80,000 seunit pada hari inimerupakan bukti kukuh keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat, terutamanya kepadamangsa-mangsa bencana dan warga rentan.

“Saya berharap kesemua 60 unit Rumah SMJ yang telah diluluskan sehingga tahun 2024dapat disiapkan mengikut jadual supaya rumah-rumah ini dapat diserahkan kepadapenerima seberapa cepat yang boleh,” katanya.

Kerajaan Sabah telah melancarkan program Rumah Mesra SMJ pada 28 September 2022sebagai inisiatif mengeluarkan rakyat dari kemiskinan dan menyediakan perumahan mampumilik bagi golongan B40.

Rumah Mesra SMJ ini mengguna pakai konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT) bagi membantu golongan yang berada di bawah garis kemiskinan di Sabah memilikirumah secara percuma.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|