KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Ke Luar Negara Tahun 2024 kepada lima pelajar Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Rabu.
Lima pelajar berkenaan adalah Allen Martin Jumin (Kursus Perubatan-University College Dublin,Ireland), Brenda Chan Yi Lin (Kursus Biokimia -University of Manchester, UnitedKingdom (UK)), Muhammad Iezhanuddin Ramlin (Kursus Sains Komputer,- Northumbria University, UK), Meagan Chin Min Gen (Kursus Undang-Undang, Cardiff
University, UK) dan Nurul Sabrina Moh Zakir (Kursus Perubatan Veterinar- Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia).
BKNS Ke Luar Negara ditawarkan kepada anak-anak Sabah yang memperolehi keputusan terbaik untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif yang juga Exco Pendidikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datik Zainudin Aman, Pengarah Bahagian BKNS, Emas Sanjongan Datu Okar dan Ahli Jawatankuasa BKNS.
Sementara itu, Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik dipejabatnya.
Deasoka