KOTA KINABALU: Pelantikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai Ejen KutipanWakaf Tunai Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan membantu MUIS untuk terusmemperkukuhkan pemberdayaan dan pemerkasaan potensi wakaf di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berharap dengan lantikan ituUMS akan dapat melaksanakan pembangunan yang mapan di dalam memberikankhidmat pendidikan yang terbaik kepada masyarakat di negeri ini.
“Kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan kepada MUIS untuk terusmemperkukuhkan pemberdayaan dan pemerkasaan potensi wakaf di negeri ini.
“Ini termasuklah dengan memberikan penekanan terhadap kerjasama dan keterlibatanbersama pelbagai pihak sama ada daripada agensi kerajaan negeri atau Persekutuan, swasta atau korporat yang ingin sama-sama menyumbang kepada usaha ke arahmenjadikan Sabah sebagai negeri mesra dan celik ibadah wakaf menjelang tahun2030.
“Justeru, saya ingin mengucapkan tahniah kepada UMS kerana telah menjadi institusiyang pertama mendapat lantikan sebagai Ejen Kutipan Wakaf Tunai MUIS,” katanyasempena Majlis Bukan Wakaf Peringkat Negeri dan Seminar Wakaf Pendidikan“Wakaf Membina Generasi Berilmu di sini pada Khamis.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.
Beliau berkata usaha yang diambil oleh UMS ini sesungguhnya amat baik terutamadalam membantu pembangunan pendidikan di negeri ini.
“Justeru, mana-mana pihak yang ingin berwakaf dalam aspek pendidikan, kini ia bolehdisalurkan kepada UMS, selain MUIS sendiri. Oleh itu, saya berharap lebih banyak lagiinstitusi pendidikan di negeri ini akan mengikut inisiatif yang diambil oleh UMS.
“Sudah pasti ini akan memberi manfaat kepada golongan fakir miskin, berpendapatanrendah dan golongan rentan lain. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam usahamengembangkan syiar wakaf di negeri Sabah khususnya di dalam membangun sektor pendidikan,” katanya.
Deasoka