KOTA KINABALU: Ketua Staf Bahagian Operasi Darat (BOD) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk M Chandra, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung pada pagi tadi.
Bekas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu itu dikatakan ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di King Fisher, Likas sebelum di bawa ke hospital berhampiran dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.45 pagi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Mendiang berusia 56 tahun menjawat Ketua BOD ESSCOM sejak 5 Mei 2020 hingga kini.
Jenazah mendiang akan dibawa ke Wisma Fook Lu Siew, Kota Kinabalu untuk upacara memperingati dan penghormatan terakhir yang akan diadakan pada Isnin ini pada jam 9 pagi sebelum upacara pengebumian dijalankan.
Deasoka