KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag menghadiri majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada Sabtu.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Datuk Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.
Deasoka