Kerajaan negeri komited menjadikan Sabah lebih maju dan makmur: Hajiji

Kerajaan negeri komited menjadikan Sabah lebih maju dan makmur: Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited meneruskan pembangunan danmewujudkan lebih banyak peluang kemakmuran ekonomi untuk rakyat Sabah, kataKetua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas sokongan berterusan dankepercayaan kepada kerajaan GRS-PH untuk menerajui negeri ini. Marilah kita bersatudalam solidariti, dan mengutamakan perpaduan demi kestabilan politik untuk negeri kitayang tercinta,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2025.

“Marilah kita memandang ke hadapan untuk memperbaharui komitmen bagi meneruskankejayaan dan matlamat pembangunan kita. Tahun 2025 adalah tahun untuk kitabertindak lebih tegas untuk meneruskan agenda pembangunan serta memastikankesejahteraan rakyat,” katanya.

“Tahun 2004 merupakan tahun yang baik. Kita telah melakukan yang terbaik untukmengatasi pelbagai cabaran dan kekal dilandasan untuk mencapai matlamat kita. Kitatelah berjaya mengutip hasil hampir RM7 billion pada tahun 2024 dan kita telahmemperoleh sejumlah RM1.7 bilion dalam pelaburan asing dan domestik pada tahun ini.

“Kita akan meneruskan momentum ini dan memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya untuk pertumbuhan ekonomi negeri jni -pertanian, perindustrian dan pelancongan],” katanya.

Dalam tempoh empat tahun lalu, kita telah mencapai kemajuan besar bukan sahaja dalamtiga tonggak utama ini tetapi dengan pelaburan dalam modal insan melalui peningkatanpembiayaan biasiswa dan bantuan pelajar, meningkatkan peruntukan kepada RM127 jutapada tahun 2025 untuk memanfaatkan lebih daripada 10,000 pelajar sedia ada dan pelajarbaharu yang layak,” tambahnya.

“Kita juga telah membina 5,000 buah rumah di bawah inisiatif Rumah Mesra Sabah MajuJaya (SMJ) untuk keluarga berpendapatan rendah di semua 73 DUN dengan 3,000 rumahbaharu akan dibina pada tanun 2025 membabitkan kos sebanyak RM250 juta. Ini adalah antara inisiatif untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh negeri.

“Kita yakin usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu legasi air danelektrik ini akan membuahkan hasil apabila projek seperti empangan hidroelektrik di UluPadas, Tenom, antara lain mula beroperasi. Ini adalah antara penyelesaian jangkapanjang mampan Kerajaan Negeri untuk pelbagai sumber tenaga boleh diperbaharui,”kata Ketua Menteri.

Ketua Menteri berkata kerajaan negeri yang memeterai Perjanjian Kerjasama Komersial(CCA) dengan Petronas pada 2022 melalui SMJ Energy telah mencapai pertumbuhanyang memberangsangkan. Dengan pelaburan strategik melalui kepentingan dalam projek minyak dan gas utama seperti Samarang PSC, Projek LNG9 dan SAMUR, ini telah menjana pendapatan melebihi RM2 bilion daripada jualan minyak dan gas kepada negeri
ini.


Ketua Menteri berharap tahun baharu akan membawa komitmen baharu kepada semua untuk bertolak ansur dan bersatu padu.


“Kerajaan negeri komited untuk memastikan perpaduan rakyat dan kestabilan politik sentiasa kekal bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan berterusan untuk Sabah.


Ketua Menteri turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|