Kerajaan bertekad jadi pelopor, peneraju pengurusan GIA di Malaysia

Kerajaan bertekad jadi pelopor, peneraju pengurusan GIA di Malaysia

KOTA KINABALU: Aspirasi Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA) yang telah perkenalkan tahun lalu merupakan komitmen, iltizam dan tekad Kerajaan Negeri untuk menjadi pelopor, peneraju dan penanda aras dalam pengurusan GIA di Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri melalui Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengemudi usaha-usaha strategik bagi mencapai hala tuju yang telah ditetapkan dalam merealisasikam GIA.

Katanya, antara usaha strategik itu ialah memastikan semua 132 agensi Kerajaan Negeri Sabah merangkumi kementerian, jabatan, pejabat daerah, daerah kecil, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan siap membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) sepenuhnya.

Pemantauan dan pelaporan status pelaksanaan inisiatif-inisiatif OACP diselia secara maya melalui Sistem i-Dashboard atau Sistem i-DO; siap menyediakan Arahan Ketua Menteri No. 1 Tahun 2023 mengenai Penubuhan Unit Integriti dan Governans di Syarikat Berkepentingan Kerajaan; Siap menyediakan dua Pekeliling Integriti Perkhidmatan Negeri Sabah (PIPANS) mengenai Penubuhan Unit Integriti di Perkhidmatan Awam Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan; Menaik taraf sistem aduan daripada Sistem i-Adu 1.0 kepada Sistem i-Adu 2.0 yang lebih mesra pengguna dan komprehensif dalam menyelesaikan aduan kompleks; Seramai 44 pegawai Kerajaan Negeri Sabah termasuk pegawai dari Syarikat Berkepentingan Kerajaan telah ditauliahkan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) oleh Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB) yang akan menjadi penggerak utama usahausaha GIA di negeri Sabah; Melaksanakan Program Pengukuhan CeIO Kerajaan Negeri Sabah sebagai usaha mengukuhkan kompetensi CeIO dalam menjalankan tanggungjawab.

Katanya, Sabah juga menjadi Kerajaan Negeri pertama yang mewajibkan Lagu Integriti Perkhidmatan Awam Negeri dimainkan dalam semua majlis rasmi Kerajaan, dalam mengukuhkan penghayatan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam; Strategik lain ialah berjaya melaksanakan 10 Minggu Integriti Kementerian dan Jabatan Ketua Menteri Tahun 2024 melibatkan 10 kementerian dan Jabatan Ketua Menteri, menyasarkan semua penjawat awam negeri, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|