Fairuz Bandar jawab pemecatan oleh Menteri

Fairuz Bandar jawab pemecatan oleh Menteri

KENYATAAN MEDIA

Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepadakerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Yang Amat BerhormatDatuk Seri Anwar Ibrahim dan Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick Presiden Parti saya (UPKO) merangkap Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia yangsebelum ini telah mencadangkan nama saya kepada Kementerian Pertaniandan Keterjaminan Makanan.

Ucapan terima kasih juga kepada Yang BerhormatDatuk Seri Haji Mohamad bin Sabu Menteri Pertanian dan KeterjaminanMakanan atas kepercayaan dan memberi peluang untuk saya dilantik danberkhidmat di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai AhliJemaah Pengarah sebelum ini.

2. Saya amat yakin bahawa pelantikan saya sebagai Ahli Jemaah Pengarah NAFAS adalah berdasarkan kelulusan akademik, kepakaran dan pengalamansaya dalam gerakan Pertubuhan Peladang. Untuk rekod, saya memiliki DiplomaSains Pertanian dan Ijazah Sains Perniagaantani dari Universiti PertanianMalaysia.Pernah berkhidmat dengan Korporasi Pembangunan Desa sebuahagensi Kerajaan Negeri Sabah yang menerajui pembangunan ekonomimasyarakat desa yang berasaskan pertanian.

3. Sebagai makluman, saya juga amat tidak asing dengan pergerakan PertubuhanPeladang dan merupakan ahli dan pemegang saham Pertubuhan PeladangKawasan (PPK) Tuaran. Saya pernah dan berpengalaman menjadi Ahli JemaahPengarah Kawasan (PPK), Pengerusi PPK Tuaran dan Ahli Jemaah Pengarah, Pertubuhan Peladang Negeri Sabah serta sudah sekian lama menjadiperwakilan ke Mesyuarat Agong NAFAS yang dipilih dalam Mesyuarat AgongPPN Sabah. Dengan pengalaman lebih 30 tahun menjadi ahli dan pemimpinPertubuhan Peladang sudah tentu saya sangat berpengalaman dalamperjalanan setiap Pertubuhan Peladang di semua peringkat (PPK, PPN danNAFAS). Bolehlah dianggap bahawa “Fairuz dan Peladang berpisah tiada”.

4. Saya juga mengesahkan bahawa saya telah menerima surat penamatanperkhidmatan sebagai Ahli Jemaah Pengarah NAFAS daripada Datuk SeriMuhamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia yangberkuatkuasa 23 Oktober 2024. Sebagai Ahli Jemaah Pengarah Lantikan Menteri saya akur dan menghormati kuasa menteri untuk menamatkan perkhidmatan saya.

Fairuz Bandar

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|