Isu demo depan Menara Kinabalu, peserta perhimpunan bersikap kurang matang: Shahelmey

Isu demo depan Menara Kinabalu, peserta perhimpunan bersikap kurang matang: Shahelmey

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya menyifatkan tindakan sekumpulan pelaku demostrasi dan perhimpunan di hadapan Menara Kinabalu semalam bersikap kurang matang dalam berurusan secara rasmi mahupun menyuarakan pendapat mereka.

Jelas beliau, pihaknya tidak ralat dengan kejadian semalam dan menjelaskan kerajaan sentiasa bersikap terbuka menerima apa-apa juga pendapat namun biarlah ia dilakukan dengan secara beretika selain tidak membudayakan perkata tidak sepatutnya.

“Ini merupakan satu sikap kurang matang dalam berurusan secara rasmi, mereka sepatutnya mempunyai tata etika dalam pengurusan rasmi apatah lagi berurusan dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah.

“Jadi saya berharap mereka mengambil iktibar dalam pengalaman ini dan lebih matang dalam membuat keputusan, kita di pihak kerajaan sentiasa menerima apa-apa juga komen secara berperaturan, etika dan bukannya cara yang bukan melalui budaya kita, ” katanya ketika ditemui dalam majlis penyerahan lembu korban di Putatan, hari ini.

Semalam, perhimpunan #kamimahuairsabah yang disertai kira-kira 80 individu berarak dari arah kampus UMS ke Menara Kinabalu untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung isu air berpanjangan di universiti berkenaan.

Shahelmey selaku Menteri Kerja Raya Sabah yang hadir untuk bertemu dengan pihak demostrasi terbabit namun kumpulan mahasiswa terlibat enggan menyerahkan memorandum berkenaan kepadanya atas alasan mahu menyerahkannya sendiri kepada Ketua Menteri.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|