Hina KM, Pemuda GRS lapor polis

Hina KM, Pemuda GRS lapor polis

Kota Kinabalu: Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Negeri Sabah melalui Ketua Penerangannya, Steve Johnny Mositun, membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial Facebook yang menggunakan nama Angelina Peace, kerana menggunakan imej Ketua Menteri dan membuat hantaran dengan niat menghina pemimpin tersebut.

Jelas beliau, kebebasan hak menyuarakan pandangan tidak seharusnya disalahgunakan dengan melemparkan hinaan atau tuduhan melampau tatatusila, terutamanya sekiranya bukan sehaluan dalam politik.

Posting FB yang dikatakan melakukan hinaan terlampau ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Tidak kira apa saja siaran kita lakukan, sama ada tentang kepimpinan tidak kira aliran, jangan la kita melakukanya melebihi had sehingga menghina.

“Kita mempunyai akta dan peraturan dimana harus kita patuhi. Sambil menambah setiap perancangan dan kemajuan akan melalui fasa dan kita memahami jika ada ketidak puas hatian daripada Rakyat atau individu,” katanya.

Sambil menambah kesedaran tentang seksyen atau akta tentang had seseorang dalam membuat siaran harus dilakukan di peringkat sekolah atau melalui agensi yang berkaitan.

“Kita perlukan kritikan tetapi bukan melebihan atas peraturan yang ada di negara Malaysia, “katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|