KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri majlis sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 diDataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah pada Rabu.
Beliau tiba kira-kira jam 7.48 pagi kemudiannya menerima tabik hormat daripadaPasukan Kawalan Kehormatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabahdengan diiringi oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang tiba pada jam 8.00 pagi kemudian turut menerima Tabik Hormat DiRaja daripadaKawalan Kehormatan PDRM (Pecah Bendera) dan memeriksa kawalan kehormatan.
Sambutan itu diisi dengan acara menaikkan Jalur Gemilang, Bendera Sabah sertalagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku, Tiupan Paluan Akhir “The Last Post” oleh PDRM, persembahan khas oleh Angkatan Tentera Malaysia, bacaan sajak pahlawan,tiupan “Rouse”, pameran dan penyampaian sumbangan kepada balu dan keluargaanggota keselamatan yang terkorban semasa Peristiwa Tanduo Lahad Datu.
Juhar bersama Hajiji dan jemputan lain turut meluangkan masa melawat Pameran Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri.
Turut hadir Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Kadzim M Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan InovasiNegeri, Datuk Mohd.Arifin Mohd.Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat danKesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk James Ratib, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Timbalan-Timbalan Speaker DUN dan Pembantu- Pembantu Menteri.
Deasoka