Gunakan pendekatan diplomatik lindungi sempadan maritim

Gunakan pendekatan diplomatik lindungi sempadan maritim

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri memantau rapat sebarang perkembangan situasi semasa membabitkan di kawasan sempadan maritim Sabah.


Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, kerjasama ini melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi berkaitan sama ada di peringkat Persekutuan, mahupun peringkat negeri.


Katanya, ia bagi memastikan isu berkaitan ancaman di kawasan berkenaan ditangani dengan segera dan efisien tanpa menimbulkan sebarang ketegangan di lapangan.


“Sebarang situasi yang berlaku di kawasan Laut China Selatan mampu memberikan implikasi, sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada keselamatan dan juga ekonomi negara selain mampu menggugat kedaulatan negara.


“Kerajaan negeri bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku agensi peneraju keselamatan negara sentiasa proaktif menyelaras pelaksanaan operasi-operasi maritim melalui platform-platform seperti Jawatankuasa Bertindak Operasi Maritim (JBOM) dan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN),” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.


Beliau menjawab menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Senallang) mengenai usaha penyelarasan antara Sabah dan pihak berkuasa Persekutuan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menjaga sempadan maritim Sabah kerana berdepan dengan ancaman di Laut China Selatan.


Menurut Abidin, pelaksanaan operasi-operasi maritim di Laut China Selatan dilaksanakan secara pendekatan keseluruhan kerajaan (whole-of-government).


Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|