140 rumah diberi notis

140 rumah diberi notis

LAHAD DATU: Kira-kira 140 buah rumah yang dibina di atas tanah milik Majlis Daerah Lahad Datu dan POIC di kawasan pinggir pekan dan Batu 7 Silam diberikan notis untuk mengosongkan kawasan.

Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul berkata ini adalah operasi yang pertama kali dilakukan.

“Mereka telah membina rumah di kawasan milik pihak berkuasa tempatan dan hasil bancian mendapati terdapat mereka yang merupakan waeganegara dan juga bukan telah membina rumah di kawasan tersebut,”

“Kesemua mereka diberikan masa selama 14 hari dari tarikh notis untuk meroboh dan mengosongkan kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tindakan itu dibuat bagi mengekang rumah setinggan di daerah itu seterusnya bagi mengelak kawasan yang berpotensi untuk pelbagai aktiviti jenayah.

Seramai 150 orang telah menyertai operasi penyerahan notis ini terdiri pegawai dan anggota daripada Majlis Daerah ,Pejabat Daerah Lahad Datu, Jabatan Penerangan, SESB, JKR, RELA, POIC, APM, PDRM, Jabatan Pertanian, IJM, Jabatan Air, Bomba, PDKTU, Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Tanah dan Ukur.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|