Wanita OKU rentung, tiga melecur

Wanita OKU rentung, tiga melecur

KOTA KINABALU: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung, manakala tiga lagi melecur dalam kebakaran melibatkan 12 buah rumah di Kampung Kalansanan, Inanam, pagi tadi.

Mangsa yang dikenali Idam Hamid, 50, ditemui rentung dalam insiden terbabit dan sudah dibawa ke hospital bagi tujuan tindakan lanjut.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, pihaknya menerima maklumat berhubung kebakaran itu kira-kira jam 11.10 malam Khamis.

“Kebakaran ini melibatkan 12 buah rumah yang musnah 100 peratus.

“Terdapat lima mangsa dengan seorang mangsa OKU ditemukan rentung, tiga mangsa melecur dan seorang dilaporkan pengsan.

“Operasi kebakaran ini ditamatkan pada jam 4.50 pagi tadi,”katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|