UMS-MEDIU meterai kerjasama berkaitan penyelidikan, penerbitan, mobiliti pelajar

UMS-MEDIU meterai kerjasama berkaitan penyelidikan, penerbitan, mobiliti pelajar

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Pengajian Islam (FIS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Al-Madinah International University (MEDIU) dalam satu majlis ringkas sempena Majlis Konvokesyen UMS kali ke-25.

MoU antara kedua-dua universiti ini memfokuskan tujahan bidang kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, penerbitan dan seminar antarabangsa, program mobiliti pelajar, pengajaran dan pembelajaran, perundingan dan lain-lain yang berkaitan dengan pengajaran.

Pada majlis tersebut, MEDIU diwakili oleh Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Asma Abdul Rahman, manakala UMS diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, sambil disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang juga Canselor UMS dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan.

MEDIU merupakan sebuah universiti Islam yang dikendalikan sebagai sebuah badan bukan berasaskan keuntungan maya (online) yang ditubuhkan dengan matlamat memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja dari seluruh pelusuk dunia yang ingin menimba ilmu pengetahuan.

Dalam pada itu, Majlis Konvokesyen UMS kali ke-25 kali ini meraikan seramai 4,236 graduan sepanjang empat hari bermula 11 hingga 14 Disember 2023.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|