Umno Sabah masih relevan – Yakub Khan

Umno Sabah masih relevan – Yakub Khan

Kota Kinabalu: Umno Sabah dilihat masih relevan dan ahli-ahlinya diseru untuk setia dalam meneruskan perjuangan parti tersebut.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, ia termasuk calon-calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026, tanpa mengira keputusan yang diperolehi.

“Kepada calon-calon yang bertanding dalam Pemilihan Umno sesi 2023/2026, sekali pun selepas ini tewas dalam pertandingan, tapi harus ingat yang menang tidak akan menang semuanya dan yang kalah pula tak akan kalah semuanya.

“Sewajarnya, teruskan perjuangan bersama-sama,” katanya ketika berucap pada Sesi Pengenalan Calon Umno Negeri Sabah, di Magellan Sutera Resort, baru-baru ini.

Untuk rekod, Yakub merupakan antara lapan calon daripada Sabah yang bertanding bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, termasuklah Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Selain itu, turut bertanding ialah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Mohamad Alamin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Hasnol Ayub, Ghazalie Ansing Sharif Musa Sharif Mabul dan Julie Sabran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|