Solidariti Palestin, lebih 15,000 gamatkan Semporna

Solidariti Palestin, lebih 15,000 gamatkan Semporna

SEMPORNA: Lebih 15,000 membanjiri padang Pekan Semporna sebagai tanda sokongan kepada Solidariti Palestin, semalam.

Program himpunan berkenaan turut menyaksikan kehadiran penceramah terkenal dari Indonesia, Ustaz Das’ad Latif yang berkesempatan menyampaikan ceramah perdana malam itu.

Antara intipati ceramah tersebut adalah bagi mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin.

Bagi Ketua Bahagian PGRS Sulabayan, Datuk Abdul Hajan Gurimbang ketika ditemui berkata, himpunan berkenaan amat signifikan kepada umat Islam di Semporna dan menjadi medium untuk melontarkan protes terhadap apa yang berlaku di bumi Palestin sekarang.

“Program kita pada hari ini adalah sebagai satu tanda solidariti terhadap bumi Palestin di atas kekejaman kumpulan Zionis jadi rasanya pada malam ini ada satu program memberi kesedaran kepada umat Islam di seluruh negara Malaysia dan di Sabah khususnya di daerah Semporna.

“Ini adalah satu tindakan yang terbaik atas sokongan para pimpinan di peringkat negeri dan peringkat daerah khususnya tindakan tuan pegawai daerah dan bagi pihak keselamatan daerah, anggaran kehadiran lebih kurang dalam 20,000 untuk hadir mendengar satu ceramah yang disampaikan oleh tokoh penceramah Nusantara iaitu Ustaz Dasad Latif yang memberikan ceramah tentang bagaimana kezaliman Zionis terhadap Palestin,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|