Satu PPS mangsa banjir dibuka di Ranau

Satu PPS mangsa banjir dibuka di Ranau

Kota Kinabalu: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan di daerah Ranau bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di daerah itu.

Ia susulan hujan berterusan lebih daripada tiga jam yang berlaku semalam hingga menyebabkan beberapa kawasan kampung dinaiki air.

Keadaan semasa di PPS yang dibuka di Ranau bagi menempatkan mangsa banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, PPS berkenaan telah dibuka di Dewan IPD Ranau.

“Setakat jam 6 pagi tadi, seramai 29 mangsa daripada 10 Ketua Isi Rumah (KIR) telah ditempatkan di PPS berkenaan.

“Daripada jumlah itu, seramai 19 orang merupakan golongan dewasa, manakala 10 orang lagi adalah kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, trend semasa situasi banjir di daerah berkenaan masih menunjukkan peningkatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|