Sambutan Ke-38 Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan 2023

Sambutan Ke-38 Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan 2023

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata larian obor bukan saja mampu mempromosikan budaya masyarakat Cina tetapi juga dapat menyatupadukan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir yang mewakili Ketua Menteri merasmikan Sambutan Ke-38 Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan 2023, di sini pada Ahad, turut melahirkan rasa berbesar hati melihat sokongan padu daripada masyarakat Cina untuk acara kebudayaan seperti ini.

Persekutuan Persatuan Cina Sabah menjadi tuan rumah bagi siri ke-38 festival ini yang bertemakan ‘Cultural Kinabalu, Sharing of Prosperity Between East & West Malaysia’.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|