Sabah umum 21 April cuti umum

Sabah umum 21 April cuti umum

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri mengumumkan 21 April sebagai cuti umum tambahan untuk Sabah, pada tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan Am.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan Jumaat (21 April) atau Isnin (24 April) sebagai cuti umum, bergantung kepada jatuhnya 1 Syawal.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|