Sabah terima RM2 juta naik taraf infra pelancongan

Sabah terima RM2 juta naik taraf infra pelancongan

Keningau: Sabah menerima sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menaiktaraf infrastruktur pelancongan di negeri itu.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri, Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

“Saya bagi peruntukan RM2 juta kepada Sabah untuk menaiktaraf (infrastruktur pelancongan).

“Saya minta Timbalan Menteri saya jalankan tugas berbincang dengan Ketua Menteri mana-mana tempat yang diperlu dinaiktaraf infrastruktur, dicantikkan, disesuaikan bagi sektor pelancongan.

“Bagi pelancong-pelancong ada keyakinan lagi lebih suka datang sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Motac bersama komuniti Keningau di Kompleks Sukan Keningau, malam tadi.

Hadir sama adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Pada masa sama, menurut Tiong, beliau baru-baru ini telah berbincang dengan Menteri Pelancongan Indonesia untuk mewujudkan laluan penerbangan secara terus daripada negara Indonesia ke Kota Kinabalu bagi meningkatkan kemasukan pelancong ke negeri itu.

“Baru-baru ini saya ada berbincang dengan Menteri Pelancongan Indonesia, saya minta penerbangan daripada Indonesia terus kepada Kota Kinabalu.

“Menteri pelancongan kata InsyaAllah saya akan bantu. Dia minta saya tulis surat kepada dia.

“Kemungkinan Medan, Balik Papan terus kepada Kota Kinabalu,” katanya lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|