Rakyat rindu zaman pemerintahan UMNO, BN – Mohd Rafi

Rakyat rindu zaman pemerintahan UMNO, BN – Mohd Rafi

Labuan: Hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mampu membawa negara ke arah kestabilan dan kemakmuran, berdasarkan rekod lebih dari 60 tahun memerintah.

Ketua UMNO bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Datuk Mohd Ali Hassan berkata, perkara ini dizahirkan oleh ahli-ahli akar umbi, ketika mereka turun padang melakukan program Ziarah Kasih Ramahan yang sedang berlangsung di Pulau Bebas cukai itu.

Datuk Mohd Rafi Datuk Mohd Ali.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, rata-rata rakyat merindukan zaman pemerintahan UMNO/BN yang sentiasa menitikberatkan soal kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Pendekatan dan gerak kerja UMNO/BN dalam soal menjaga kebajikan rakyat memang berbeza dengan parti-parti lain, kita sentiasa turun padang menyantuni rakyat yang ditimpa musibah tanpa musim.

“Inilah kelebihan dan budaya kerja yang kita terapkan dalam kepimpinan UMNO khususnya di bahagian Labuan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan ziarah kasih Ramadahan di kampung Ranca Rancha Laut, kelmarin.

Beliau yang diwakili oleh Ketua Cawangan UMNO Rancha-Rancha Laut, Risman Hussein dan kepimpinan UMNO bahagian turut mengaih-agihkan sumbangan kewangan dan bakul makanan kepada 500 orang penerima semasa majlis tersebut

Menurut Mohd Rafi, bagi mempastikan kewujudan UMNO itu sendiri ada bersama rakyat, pendekatan program kali ini digerakkan bersama dengan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi.

“Kita mahu fungsi dan peranan UMNO itu tidak hanya digerakkan oleh kepimpinan bahagian tapi pemimpin akar umbi perlu terlibat agar UMNO itu benar benar dirasai kehadiranya oleh ahli dan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan UMNO Rancha-Rancha, Rosman Hussein berkata, pendekatan yang dilakukan oleh Ketua UMNO bahagian yang melibatkan secara langsung UMNO di peringkat cawangan-cawangan merupakan pendekatan yang terbaik dengan penjanaan UMNO sebagai sebuah organisasi yang berfungsi di semua peringkat.

Katanya, majoriti ahli UMNO yang ditemui bersetuju hanya UMNO/BN yang dapat membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara, berbeza dengan parti-parti lain.

“Sebenarnya rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan corak pemerintahan UMNO/BN yang banyak menabur jasa kepada rakyat,” katanya lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|