PPPK Daerah Sipitang Kunjungi CEO SOGDC

PPPK Daerah Sipitang Kunjungi CEO SOGDC

Kota Kinabalu: Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Sipitang (PPPK Daerah Sipitang) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC), Datuk Harun Ismail di pejabatnya di Wisma Innoprise Kota Kinabalu pada Khamis.

PPPK Daerah Sipitang diketuai oleh Pengerusinya, Sani Miasin. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi, Jul Arshad, Setiausaha, Jenny Bian, Penolong Setiausaha, Siti Aaina Zawani Amai dan Bendahari, Rebecca Pangas.

Menurut Sani, tujuan kunjungan hormat itu bagi memperkenalkan persatuan dan ahli jawatankuasanya kepada Harun dan SOGDC yang mengurus Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

“Kami berharap menerusi kunjungan hormat ini akan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dan kerjasama diantara pengurusan SOGDC dan SOGIP bersama komuniti peniaga tempatan dari Daerah Sipitang.

Kelihatan dalam gambar, Sani menyampaikan cenderamata kepada Harus semasa kunjungan itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|