Perdana Menteri hadiri Rumah Terbuka Raya Kerajaan Negeri Ahad ini

Perdana Menteri hadiri Rumah Terbuka Raya Kerajaan Negeri Ahad ini

Kota Kinabalu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Ahad, bersamaan 30 April ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Arif yang juga pengerusi penganjur berkata Perdana Menteri telah menerima jemputan Kerajaan Negeri untuk menghadiri rumah terbuka itu.

“Perdana Menteri akan bersama-sama Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Hajah Dr Norlidah Tan Sri R.M. Jasni, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan Kabinet Negeri pada sambutan itu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Arifin berkata, orang ramai turut dijemput ke rumah terbuka itu yang diadakan bermula pada jam 10 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|