Jauhi kawasan lapang terbuka sekiranya berlaku petir, kilat

Jauhi kawasan lapang terbuka sekiranya berlaku petir, kilat

Kota Kinabalu: Masyarakat dinasihatkan untuk mengelakkan kawasan lapang terbuka sekiranya berlaku fenomena petir atau kilat kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, ia bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Orang awam dinasihatkan supaya menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola, dan kawasan kawasan lapang lainnya sekiranya berlaku petir ataupun kilat bagi mengelakkan perkara perkara yang tidak diingini berlaku.

“Kejadian fenomena petir/kilat yang berlaku di beberapa tempat ketika ini, yang menghasilkan sambaran petir/ kilat boleh mengenai manusia sekiranya berada dikawasan terbuka dan mengakibatkan kecederaan serius serta membawa maut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, pada 25 April lalu, di laporkan terdapat dua orang budak berumur 13 tahun telah terkena sambaran petir di Padang Bola Papar yang mengakibatkan seorang daripadanya telah meninggal dunia.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|