Kota Kinabalu: Keputusan Kabinet Persekutuan menyahklasifikasi laporan akhir mengenai nahas pesawat Double Six yang telah mengorbankan 11 orang pada 1976 memberi kelegaan kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Antara yang terkorban dalam nahas itu termasuk pemimpin Kerajaan Negeri Berjaya, Tun Fuad Stephens.
“Ini melegakan kerana ia akan merungkai apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu.
“Satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mereka yang terkorban dalam nahas pesawat tetapi juga kepada rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata demikian susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mengenai keputusan Kabinet Persekutuan yang membenarkan penyahklasifikasian dokumen nahas yang tersembunyi selama 47 tahun.
Tambah Hajiji, Kerajaan Negeri akan menerima penemuan daripada laporan itu dengan hati yang terbuka.
-Deasoka