Padah ubah suai motosikal

Padah ubah suai motosikal

Tawau: Tindakan seorang lelaki mengubah suai motosikal yang ditunggangnya menerima padah apabila ditahan polis menerusi Op Samseng Jalanan di kawasan Takada, di sini, semalam.

Lelaki warga asing itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, ketika operasi jalankan, seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan berkenaan dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan operasi segera menahan suspek untuk pemeriksaan dan mendapati lelaki terbabit adalah seorang warga asing.

“Semakan lanjut mendapati susunan number pendaftaran motosikal berkenaan diubah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, suspek dan motosikal dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|