Motosikal terbabas, remaja lelaki maut

Motosikal terbabas, remaja lelaki maut

TAWAU: Seorang remaja lelaki maut selepas motorsikal yang ditunggangnya terbabas sendiri di Bulatan Simpang 5 Jalan Sungai Tajong Sin On Tawau pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin mengesahkan pihaknya menerima pannggilan berkaitan kejadian itu pada jam 6.23 pagi tadi.

Siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berlaku kira kira jam 6 pagi semasa mangsa, berusia 19 tahun, dari arah rumahnya di Kampung Kongsi 8 hendak menuju ke tempat kerja yang terletak di kompleks Fajar bandar Tawau.

” Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa terlanggar penghadang jalan Bulatan Simpang 5 lalu melambung dan jatuh keatas jalan raya secara bertiarap.Katanya .

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

” Mayat mangsa seterusnya dihantar ke hospital Tawau untuk proses bedah siasat sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak keluarga terdekat,” katanya.

Beliau menambah, polis masih meneruskan siasatan berkaitan kejadian itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu di minta tampil ke Balai Polis Tawau untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|