Lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Semporna

Lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Semporna

SEMPORNA: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam insiden kebakaran yang memusnahkan sekurang-kurangnya tujuh buah rumah di Kampung Pinggiran Bakau, dekat sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Ladin, 55, ditemui oleh sepasukan anggota bomba yang sedang menjalankan operasi memadamkan api di lokasi berkenaan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, mayat mangsa yang difahamkan warga asing itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Kita menerima panggilan pada jam 9.02 pagi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau kemudiannya dikerahkan bagi operasi pemadaman.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran ini melibatkan tujuh buah rumah dan sebuah kedai runcit yang musnah seratus peratus selain beberapa buah kenderaan milik mangsa.

“Terdapat seorang mangsa terlibat yang dilaporkan ditemui rentung pada jam (11:16 pagi) oleh pasukan Bomba dan mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|