Kumpulan Sawit Kinabalu serah pembayaran dividen interim RM11.16 juta kepada Kerajaan Negeri

Kumpulan Sawit Kinabalu serah pembayaran dividen interim RM11.16 juta kepada Kerajaan Negeri

Kota Kinabalu: Kumpulan Sawit Kinabalu membayar dividen interim ketiga bagi tahun 2022 berjumlah RM11.16 juta kepada Kerajaan Negeri, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga pengerusi Sawit Kinabalu menyaksikan penyerahan bayaran daripada Pengarah Urusan Sawit Kinabalu, Datuk Bacho Jansie kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Dengan bayaran terkini, Kumpulan Sawit Kinabalu telah membayar sejumlah RM27.9 juta kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2022.

Dalam pada itu, Hajiji memuji Sawit Kinabalu kerana menjadi antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang berprestasi tinggi.

Beliau menggesa Kumpulan itu agar terus berusaha untuk kecemerlangan dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Sabah.

Majlis itu diadakan sempena majlis berbuka puasa Kumpulan Sawit Kinabalu yang diadakan di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa, di sini, hari ini.

Terdahulu, Hajiji turut mempengerusikan mesyuarat lembaga Kumpulan Sawit Kinabalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|