Ketua cawangan perlu cakna kepada keperluan masyarakat, terutamanya ahli UMNO setempat

Ketua cawangan perlu cakna kepada keperluan masyarakat, terutamanya ahli UMNO setempat

Labuan: Pemimpin masyakarat terutamanya Ketua-Ketua Cawangan UMNO di daerah ini di-saran terus cakna masyarakat dan peka terhadap keperluan di peringkar akar umbi serta berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan berkata, cogan kata UMNO Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat perlu menjadi panduan dalam memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin akar umbi.

Menurut beliau, dimana mereka perlu bersatu, berkerja berpasukan, setia kepada amanah yang diberikan selain memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, khususnya ahli-ahli cawangan UMNO dibawah jagaan mereka.

Mohd Rafi ketika menziarahi seorang warga emas yang uzur semasa program Ziarah Kasih Ramadan.

“Jika ini menjadi amalan, saya yakin, ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi akan terus menghargai peranan pemimpin dan memberikan sokongan padu kepada parti,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai program Ziarah Kasih Ramadan anjuran UMNO Cawangan Saguking dekat sini, kelmarin.

Turut serta, Naib Ketua Umno bahagian Labuan, Datuk Khalid Abd Ghani; Ketua Wanita, Hajah Niswati Tarji; Ketua Pergerakan Pemuda, Saifful Pungut; Ketua Cawangan UMNO Saguking, Zainal Bongsu, dan Ketua kampung Gersik Saguking Osman Kadir.

Menurut Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO bahagian Labuan, sebagai Ketua cawangan dan pemimpin akar umbi yang dipilih oleh ahli UMNO, mereka perlu menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin dan memahami denyut nadi rakyat.

Jelasnya, ketua cawangan, termasuk kepimpinan bahagian, perlu lebih cakna dengan membantu mereka yang dilanda malapetaka sakit dan sebagainya

Mengenai program, beliau berkata, ia amat dekat dihatinya kerana dapat memberikan ruang dan peluang bertemu ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi bagi bermesra dan bertanyakan khabar, terutamanya di bulan mulia ini.

“Kita faham tidak semua ahli UMNO berpeluang mengerjakan ibadah puasa kerana uzur sakit dan sebagainya dan tidak semua berpeluang untuk meraikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba dalam keadaan yang serba lengkap kerana faktor ekonomi.

“Justeru, UMNO Labuan turun padang membantu golongan ini dalam bentuk sumbangan kewangan dan keperluan makanan,” katanya.

Mohd Rafi berkata, dengan sedikit bantuan yang dihulurkan akan dapat meringankan beban mereka dan yang paling penting hubungan silaturrahim dan semangat kekeluargaan antara pemimpin bahagian, dan cawangan dapat dijalin erat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|