Klang: Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mahu semua jentera parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan khususnya jentera BN dari Sabah bekerja keras dan bergerak dalam satu pasukan bagi memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Beliau berkata Jentera BN Sabah yang diamanahkan menjaga 12 kawasan DUN yang diwakili oleh UMNO/BN perlu menunjukan komitmen yang tinggi semasa berkempan termasuk membantu calon-calon kerajaan perpaduan di kawasan-kawasan DUN yang lain.
“ Setakat ini jalinan kerjasama jentera parti kerajaan perpaduan BN/PH berjalan baik dan saya harap memontum ini akan berterusan sehingga ke hari pengundian bagi mempastikan kemenangan berpihak kepada calon-calon kerajaan Perpaduan untuk membentuk kerajaan negeri selepas PRN ini” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan Ke beberapa buah Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang diselaraskan oleh UMNO bahagian-bahagian dari Sabah baru-baru ini.

Semasa lawatan ini Bung sempat ke kawasan DUN 44 Selat Klang bertemu calon BN Haji Roslee Abd Hamid dan turut memberikan suntikan semangkat kepada jentera [arti di kawasan tersebut .
Mengiringi beliau Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Arifin dan beberapa orang Ketua UMNO bahagian dari Sabah.

Menurut Bung yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan bagi membantu berkempen di Selangor akan menjadi pembuka lembaran baharu politik negara dengan gerak kerja yang lebih padu dan tersusun daripada setiap ahli serta pendokong parti di dalam PH dan Barisan Nasional (BN), khususnya bagi menawan hati pengundi yang sebahagiannya daripada golongan cerdik pandai.
Beliau berkata kemenangan di Selangor tidak hanya berkisar kepada kejayaan PH dan BN semata-mata, sebaliknya ia menjadi simbol kepada usaha Kerajaan Perpaduan mengangkat martabat Malaysia kembali disegani di rantau ini.
” Kira faham di Selangor ini ramai orang yang cerdik pandai serta matang dalam politik, kejayaan kali ini akan menentukan standard baharu politik di dalam negara ini” katanya
Sehubungan dengan itu Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mahu setiap gerak kerja jentera parti perlulah dengan semangat, keikhlasan selain niat yang betul untuk menyelamatkan rakyat, negeri, agama dan negara daripada mereka yang rakus kuasa pelampau agama dan perkuaman yang sempit
Dalam pada itu Bung juga turut mengingatkan jentera UMNO/BN dari Sabah agar melaksanakan kempen secara sopan dan berhemah menghormati adat resam masyarakat setempat
-Deasoka