Keputusan Mahkamah Rayuan Belanda bukti waris Sulu tidak mempunyai locus standi

Keputusan Mahkamah Rayuan Belanda bukti waris Sulu tidak mempunyai locus standi

Kota Kinabalu: Penolakan Mahkamah Rayuan Belanda terhadap cubaan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu untuk menguatkuasakan anugerah timbang tara AS$15 bilion terhadap Kerajaan Malaysia adalah bukti lanjut bahawa mereka tidak mempunyai locus standi.

Sambil mengalu-alukan keputusan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bahawa keputusan itu mengesahkan pendirian Kerajaan Negeri yang tidak mengiktiraf tuntutan itu.

“Sabah kongsi keyakinan Kerajaan Persekutuan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia semakin hampir untuk membatalkan sepenuhnya anugerah itu selepas keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas tindakan tegas untuk berdiri teguh bagi melindungi kedaulatan negara.

Katanya, Kerajaan Negeri akan terus berkerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan sehingga tuntutan Sabah itu dibatalkan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|